Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Monday, November 02, 2009

SALAM TAKZIAH

Posted by Peah

Salam takziah buat keluarga Pengerusi / Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Ir. Pian Sukro atas pemergian beliau pada 31 Oktober 2009, 2.30 pagi waktu Malaysia di Rome semasa menghadiri World Energy Regulation Conference.

Walau pun tak berapa mengenali big boss aku ni, semasa hayat, beliau adalah seorang bos yang tak banyak cakap dan very cool. Jenazah beliau dijangka tiba ke tanah air dari Rome pada pagi Rabu, 4 November 2009.

'Sama2lah kita sedekah Al-Fatihah dan berdoa semoga roh arwah tenang di'sana' .... Amin


Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by Peah

Diharap tidak terlambat untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

kepada semua kawan yang mengenali diri ini. Sekiranya ada silap dan salah harap maafkan.


Tuesday, September 01, 2009

Traditional Kuih For Buka Puasa

Posted by Peah








Sunday, August 30, 2009

Dari Dapur Peah

Posted by Peah

Penat sungguh.... Itu aje dapat diucapkan tiap kali Ramadhan tiba. Sebabnya sibuk dengan projek biskut raya. Seperti biasa, biskut yang aku jual ni memang tak buat promo kat sesiapa pun. Malas nak buat banyak-banyak. Nanti tak larat. L Dari membancuh sampailah ke membakar semuanya buat sorang-sorang. Cuma time bungkus aje minta tolong anak & laki aku buatkan. Yang specialnya pasal biskut ni ialah bancuh pakai tangan. Tak pakai mixer. Tu yang lenguh tahap gaban tuh. Tapi puas hati. Tahun ni ada 2 additional kuih raya yang dibuat. Kuih Semprit & Biskut Black/White. All time favourite pulak, Almond London & Chocolate Chips Cookies. Nak kata sedap... biasa ajelah... tapi customer yang beli kata sedap. Nasib baik weekend panjang minggu ni. Dapatlah jugak concentrate buat kuih walaupun tak cukup tidur. Target nak siapkan semua by 6 September 2009.

Ps. Gambar takde.... Tak larat nak ambik...


Friday, August 28, 2009

Nasi Padang Jalan TAR

Posted by Peah

Hari ni aku malas masak. Penat berjalan sakan kat Jalan TAR tadi. Sempat gaks pergi Bazaar Ramadhan. Sesak giler..... Kalau korang nak pergi janganlah bawa bebudak. Kesian oiiiii.. Nasib baik tadi tak panas. Cuba bayangkan kalau cuaca panas mau pitam bebudak tu...

Macam-macam jual kat sana tadi.. Kedai kasut CROCS pun aku jumpa. Nak kata murah takdelah jugak. Macam harga kat internet aje. Siap tampal sign "CROCS WHOLESALER" lagi. Biar betul!!!! Berani betul dia orang ni. Tak takut kena saman kerrrr.... Hentam ajelahhh.... Yang pasti, gerai-gerai macam inilah paling hangat di pasaran sekarang selain dari kedai tudung. AlMaklumlah.... tengah hapenning sekarang nih.... Aku singgah sekejap aje.. Sempat jugaklah rembat tudung dua helai. Ahaks.....

Berbalik ke lauk berbuka tadi tu, Mana lagi kalau tak kedai Nasi Padang depan SOGO tuh. Yang ada jual rojak mamak sekali. Aku memang selalu beli situ. Pelanggan tetap sejak 20 tahun. Lama tuhhh.... Tiap kali singgah situ tak payah tanya nak lauk apa. Aku cakap aje macam biasa, dia dah faham. Lepas tu disuruhnya aku ronda-ronda Jalan TAR. Dah puas ronda baru datang ambil lauk. Macam tulah selalu. Menu biasa aku, Gulai Ayam, Gulai Nangka, Rendang Daging & Sayur Jantung Pisang. Balik rumah goreng ikan masin. Dah cukup. Nasik pulak masak lembik-lembik sikit. SODAPPPP.... Ishhh... tak sabar nak balik berbuka nihh.....


PS. Lauk nasi padang kat sini sedikit sebanyak sudah diMalaysianised tapi aku suka.
.

Friday, August 28, 2009

Rona Store

Posted by Peah


Mak Aiiii.... Aku jumpa stall Rona Store tadi kat MARA. Terkejut beruk jugaklah. Tetiba aje terpandang Rona Store. Ingatkan ada cawangan baru khas untuk bulan puasa ni kat MARA. Rupa-rupanya bukan. Ejaan pun tak sama. Dua perkataan. Stall ni jual brooch dan minyak wangi. Cuba juga ambil gambar stall tu tapi dari jauh ajelah. Ambil dekat-dekat nanti marah pulak tokey stall tu. Lagi pun tak mesra alam bila aku lalu kat stall tu.

Friday, August 28, 2009

Signature Baru

Posted by Peah

Testing...testing.. Ini signature baru buat. Thanks to cikgu Tulipx aku tuuuu.... Rumah baru, signature pun kenalah baru. Baru nampak ngam. Tapi macam tak puas hati lagi dengan signature baru ni. Tengoklah kalau ada masa, buat yang baru punya sampai betul-betul puas hati. Langsir yang tukar ni pun macam ada yang tak kena lagi.


Friday, August 28, 2009

Hujan Oh Hujan

Posted by Peah

Hujan lagi. Baru petang semalam hujan lebat, pagi ni hujan lagi. Lebat pulak tu. Nasib baik dah bangun untuk sahur. Kalau tak mau ambik MC harini. Hahahaha.... Seronok jugak hujan hari-hari ni. Lebih-lebih lagi di bulan puasa. Tak de lah rasa teruk berpuasa dan cuaca tak panas macam minggu lepas. Cuma yang tak bestnya kalau hujan masa time balik kerja macam semalam. Jam teruk. Nasib baik aku sampai rumah pukul 6.00 petang. Sempatlah jugak masak cincai-cincai untuk berbuka.

P.S Agak-agak hujan tak tengahari ni? Berura-ura nak ukur jalan kat Jalan TAR...

Tuesday, August 25, 2009

Rezeki

Posted by Peah

Alhamdulillah...... dapat bubur lambuk free harini. Minggu lepas dapat kurma. Kalau kurma tu bagi free tiap-tiap minggu kan bagus. Tak payah aku pegi beli kat kedai. Muahahaha...Macam biasa kat ofis ni, setiap kali bulan Ramadhan mesti dapat bubur lambuk free tiap-tiap minggu. Aku tak berapa suka sangat bubur lambuk ni tapi dah bagi free aku ambil ajelah. Lepas tu aku pi lah sedekah kat sape-sape yang suka bubur lambuk ni. Kalau bawa balik memang confirm tak makan.


Tuesday, August 25, 2009

Projek Menguruskan Badan

Posted by Peah

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, aku ambil kesempatan nak kurangkan berat badan. Kalau tak silap aku masa tahun 2003 aku pernah turun 10 kilo. WOW!! Tapi sekali tu sajalah. Kira terrer giler lah tu. Tahun-tahun lepas tu sampailah sekarang, kalau bulan posa dapat turun 5 kilo aje. Static. Tak lebih tak kurang. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab faktor umur kot. Tak pun sebab kuat makan agaknya waktu berbuka. Tahun ni aku nak cuba turun lebih dari 5 kilo tu. Itupun kalau dapat. Insya'allah. (Berangan lebih aje aku ni... bila time buka melantak sakan... hehehhe..)


Tuesday, August 25, 2009

Menu For Sahur

Posted by Peah


Inilah menu wajib untuk sahur bagi aku sekeluarga. Sejak dari dulu lagi kita orang makan segala jenis Bran, Oats, Muesli dan bermacam-macam lagi yang seangkatan dengannya, Susu (tak kisahlah fresh milk ke, full cream ke, low fat ke, janji susu. jangan susu masam & susu pekat sudahlah), Kurma & Nescafe yang bercampur susu tadi tu. Kalau nak ikutkan memang muak gilerrr tapi sebab makanan ni aje yang boleh bertahan sampai waktu berbuka. Kalau makan nasi memang tak boleh tahan. Sekejap aje dah lapar balik. Selain dari cereal ni, roti dengan scramble egg pun ok jugak. Tapi aku prefer cereal sebab senang prepare. Lebih-lebih lagi bagi orang malas macam aku. Hahahaha. Kalau tak percaya, cubalah. Memang gerenti tak lapar sampai waktu berbuka. Lapar sikit-sikit tu biasalah....


Monday, August 24, 2009

Waktu Bekerja Bulan Ramadhan

Posted by Peah

Ini jadual waktu bekerja di bulan Ramadhan untuk ofis aku. Kita orang diberi pilihan nak pilih time mana kita orang suka. Aku pilih Option 3 sebab sama time dengan hubby aku. Kalau aku pilih balik pukul 4.00 petang, macam-macam aku boleh masak kat rumah.

Pilihan Hari Bekerja Waktu Bekerja Waktu Rehat
1 Isnin - Khamis 7.30 pagi - 4.00 petang 1.00 - 1.30 tgh hari
Jumaat 7.30 pagi - 4.00 petang 12.30 - 2.30 tgh hari
2 Isnin - Khamis 8.00 pagi - 4.30 petang 1.00 - 1.30 tgh hari
Jumaat 8.00 pagi - 4.30 petang 12.30 - 2.30 tgh hari
3 Isnin - Khamis 8.30 pagi - 5.00 petang 1.00 - 1.30 thg hari
Jumaat 8.30 pagi - 5.00petang 12.30 tgh hari - 2.30ptg
4* a






Hari ni dengan confident aku start kerja pukul 8.00 pagi. Lepas tu aku lunch dari pukul 1.00 sampai 2.00 petang. Start kerja balik sampai pukul 5.00 petang baru aku balik. Rupa-rupanya aku dah tersalah ikut jadual. Aku ikut jadual sendiri. Mana ada jadual macam tu.... masuk 8.00 pagi keluar 5.00 petang. Patutlah boss tengok aku lain macam aje tadi bila aku masuk pukul 2.00 petang. kuang...kuang..kuang... buat malu aje....