Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Sunday, July 19, 2009

Manchester United Lawan Malaysia

Posted by Peah


Salam semua,


Ingatkan lepas balik dari Stadium Nasional Bukit Jalil nak update blog tapi tak kesampaian sebab letih sangat. Sampai rumah semalam dalam pukul 10.00 malam. Mana tak penat.

Kita orang keluar rumah pukul 1.00 tengahari lepas makan. Nasib baik sempat masak nasi lemak sebelum keluar. Kalau tidak mau kebulur. Bayangkan lah kalau kat sana makanan bukannya sedap. Sampai kat sana dalam pukul 2.00 petang. Ingatkan kita orang antara early birds yang sampai dulu tapi kuang....kuang...kuang... Ada yang siap piknik dari awal pagi. Korang tak masak ke macam aku....hehehehe.... Punyalah ramai manusia. Kereta lagi lah. Berduyun-duyun...Berderet-deret...



Kita orang bernasib baik dapat parking opposite LRT Station Bukit Jalil. Jadi takdelah penat anak-anak menapak. Permandangan semalam dipenuhi dengan warna merah. Iya lah penyokong MU lah tuuu. Aku n family langsung tak pakai baju merah or baju MU sebab malas walaupun ada baju MU. Tak kuasa aku nak pakai.

Kita orang masuk cepat kira-kira jam 2.40 petang dan dapat seat yang oklah. Nak dapat seat kat bawah boleh sebab ada kosong lagi tapi memandangkan semua penyokong fanatik MU tak jadilah pulak. Nanti rimas anak-anak aku.

Tulipxxxx...ada kenal itu envelope?? Aku bawak buat kipas...


Walaupun game start pukul 5.30 petang, kita orang tak rasa lama sebab disajikan dengan gelagat penyokong-penyokong MU yang macam-macam jenis dan ragam. Kelakar pun ada. MEMANG MENYERONOKKAN. Siapa-siapa yang pakai jersey pasukan lain semuanya di BOO. Memang gamat masa tu. Kita orang suka betul tengok. Nasib baik anak jantan aku tak pakai baju Chelsea (Anak aku yg sorang ni terpaksa ikut dengan berat hati sebab dia sokong Chelsea). Kalau tidak habislah kena BOO. Yang paling seronok bila mamat sorang ni pakai jersey Barcelona. Depa siap suruh buka. hahahaha... geli hati betul....

Gambar pun banyak haku tangkap especially gambar penyokong-penyokong fanatik MU. Gambar player MU pun ada tapi tak berapa clear sebab jauh. Nanti aku uploadkan sebab nak kena pilih dulu. Banyak sangat.

Acara pembukaan oleh Victoria Institution

Masa yang dinanti-nanti p
un tiba.... ewahhh macam karanganlah pulakkkk.... Punyalah bersorak bila MU turun padang. Aku pun teruja jugak. Walaupun tak berapa clear tapi memang hentam jugak bersorak sampai hubby aku pandang semacam aje kat aku.... Ada aku kisahhhh... hahaha... Lantaklah ko, hubbyku... Takkan aku nak duk diam aje... Tak bestlah macam tu kannn.

Masa game tu aku rasa player MU tak main bersungguh-sungguh. Nama pun friendly match. Biasa-biasa aje. Aku rasa tu pasallah Malaysia boleh goal sampai 2. Kalau MU main betul- betul mahu kena 5-0 tu.... Apa-apapun aku salute to team Malaysia sebab perlawanan yang bagus. KUDOS TO YOU HARIMAU MALAYA.

Spectators Malaysia pulak memang salute habis termasuklah aku dan anak-anak aku...kekekeke... Memang sporting habis. Bila MU goal memang gamat stadium tu. Tapi bila Malaysia goal lagi lah gamat. Macam nak runtuh stadium. 5 minit lepas goal pun tak habis sorak lagi. Kekekeke... Terjakun lebih lah pulaknya.... hahaha...takpe... MALAYSIA BOLEHHH...

Overall, game ni memang bagus dan menyeronokkan. Maklumlah tak pernah pergi tengok game seumpama ini. This is my first time for me and my children. Unlike my hubby, tak pernah miss everytime MU comes to town. Lepas ni mana-mana kelab gergasi yang datang bisa aku tengok. Tak sabar tunggu Chelsea pulak kalau dia orang datang.



Saturday, March 21, 2009

Sehari Di KLCC

Posted by Peah

Align RightAdusssss..... penat sungguh hari ni.... Macam nak tercabut kaki rasanya... Apa taknya, satu hari menebeng kat KLCC. Kalau menebeng kat kedai Ana takpe jugak....betul tak? Ini semua gara-gara anak bongsu haku, sibuk sangat nak pi Petrosains. Dulu dah pernah pegi tapi dia kecik lagi..... Sampai KLCC pukul 12.00 tengahari. Ingatkan bolehlah dapat tiket.sampai aje kat Petrosains, makdatukkkk...punyalah ramai org beratur...rasa macam nak balik ajeeee tido....So hubby haku pi lah beratur nak beli tiket...sampai aje kaunter, budak jual tiket tu cakap "sori abang, tiket dah habis... yang ada pukul 4.00 petang punya....tapi tiket ni termasuk helicopter n dino trek sebab tiketnya sold out...abang nak beli x? Hubby haku pandang muka haku n haku pandang muka dia balik....kalau boleh haku nak balik aje tapi Qarin sibuk nak pi jugak so terpaksalah beli jugak tiket kul 4.00 petang tu.


To kill time, kita orang pi lah berjalan-jalan kat KLCC. Habis semua tempat kita orang ronda (haku pulak terasa macam jadi makgad lah pulakkkkk). Kalau menempek kat kedai Ana pun ada faedah nya.....dapat gak rembat merembat bag tangan ke, wallet ke....Kita orang pi makan kat A&W pastu round & round we went but nobody knows untuk hape....buang masa lahhhhh...... Sampai galeri Petronas pun kita orang terjah. .. . Dah pulak hubby haku kenal pulak ngan staff galeri tu.... Kawan lama sama2 main bola kata dia...boleh plak depa sembang sambil berdiri. Punyalah lama sembang....hape yg dia orang sembang pun haku x tahu....yang haku tahu kaki haku dah macam nak tercabut... Pukui 3.50 ptg kita orang pilah kat Petrosains....Sekali lagi makdatukkkkkkk punyalah panjang berjela orang beratur....macam nak tengok wayang lah pulakkkkk.... Nak dekat sejam berdiri pukui 4.45 ptg barulah dapat masuk...by that time haku dah pewaiiiiii dah....macam segala anggota badan nak tercabut ..sepanjang jalan kat petrosains tu mana ada tempat duduk semuanya haku terjah....sampai pavement tepi jalan kat dalam tu pun haku bantai duduk...haku dah x peduli hape orang nak kata....haku bukan minta duit dia orang....kekekke...Hape anak-anak haku buat kat dalam tu pun haku dah x amik kesah...janji haku dapat duduk....kaki haku penattttttt.......By the time kuar dari Petrosains dah pukul 6.30... budak2 volunteer tu pun muka toya semacam aje.....yelahhhh sebab nak tunggu orang2 macam kita orang belah cepat2 dari Petrosains tu....hehehehee...

Still lagi kat KLCC. Kali ni pi terjah Mark & Spencer n borong biskut favourite, Dark Chocolate Disgestive Biscuit sampai 3. Iyelah, bukannya selalu pi KLCC... tapi kalau biskut ni x lame mana pun.....rasa2nya esok selesailah tu.... For dinner kita orang pi makan kat La Cucur. X sedap manapun...kalu dulu memang sedapppp....Sampai rumah dah dekat pukul 9.00... Penat gilerrrrr tapi still sempat edit post......hahahaha....










Amacam? cantek tak gambar klcc yg haku amik ni....

Monday, March 16, 2009

Matta Fair

Posted by Peah














Despite having headache and fever, i pegi jugak MATTA Fair held in PWTC last Saturday with mum, hubby, Aqish and Qarin. My second daughter, Nurin x pegi sebab ada sukan kat sekolah. We arrived there before ten and were lucky to get a parking space at The Mall and headed for PWTC. Nasib baik x ramai orang beratur beli tiket (RM3 for adult and children below 12 masuk free), maklumlah sape yg nak datang awal-awal pagi.

Niat di hati nak pegi makan angin ngan family masa cuti sekolah bulan November. Destination? X tahu sebab masing-masing ada pilihan sendiri. Kalau boleh sumer tempat nak pegi. Actually, i teringin sangat nak pi Turkey tapi harganya mak oiii mahal betul....dalam RM3.5k for adult, RM3.2k for children (not much difference). Kalu pi berdua bolehlah....tapi ini ada 3 lagi in tow terpaksa fikir sekali lagi. Hubby plak nak gi Thailand.. ape nama tempat x tahu.. yg dia tahu nak pi Thailand... cik abang oii, pi narathiwat pun Thailand jugak....., Aqish pulak x abis2 nak gi Korea (ni pasal suka sangat tengok citer Korea) and Qarin pulak sibuk nak pegi Sarawak. sebab dia kata dia x pernah gi Sarawak. So apa lagi, kita orang pi lah dari booth ke booth collect brochure and survey pakej yg travel agency ni tawarkan. Dekat 3 jam lebih ada kat sana. Nak tahu apa kita orang dapat last sekali.....hampehhh...apa pun x dapat sebab pakej valid until September 2009. Kalau nak pegi bulan November 2009 kena datang the next MATTA Fair in September. Sakitnya jiwa ni....udahlah x sihat. Tu lah gatal nak datang jugak, nah rasakan....tapi xpe...kalau x datang kita takkan tahu kan...kan...kan...hehehehe....In the end, kita orang pi Digifest (kat PWTC gak) and i ended up buying a new camera (Nikon) sebab camera lama dah jahanam. Nak kata good bargain x tahulah... main beli aje... Lepas tu balik umah, terus pengsan sampai malam.....hahahaha...