Tadi pagi haku sampai opis ngam-ngam 8.30 pagi sebab haku menyinggah dulu. Haku pi bangunan MARA dulu sebab tiap-tiap hari Selasa dan Khamis ada pasar tani mini kat tepi walkway MARA. Nak kata macam2 jual xde jugak. Sayur kampung, sayur dari Cameron Highland, roti-roti bun, kuih muih and frozen food semuanya ada jual pada hari Selasa n Khamis. Selalunya haku tuju tempat jual sayur kampung dulu sebab nak beli favourite ulam haku; daun mengkudu n daun kaduk... tapi hari ni xde juallah. Instead, haku beli beli tempe, serai n daun kesum sebab teringin pulak nak buat asam pedas dan sambal tempe. Pas tu haku singgah pulak kat gerai frozen food n beli roti boom, karipap ayam n daging, cucur badak and popia buat simpanan. Nanti kalau ada tetamu datang haku jamulah benda2 ni sumer...x yah pening kepala nak gi beli ke, nak buat ke, and apa-apa sajalah. Bila orang tanya haku cakaplah haku buat...hahaha....
Tadi lunch, haku pi balik MARA kat food court tingkat 2 and bought myself nasi kukus ayam kampung. Mak datuk punyalah panjang orang queue nak beli nasik dia...rasa-rasa depan haku tu ada dalam 15 orang lagi yg tengah berbaris....tapi disebabkan lapar punya pasal queue jugaklah... lagipun nasi dia boleh tahan sedap lebih-lebih lagi kalau perut dah lapar...... Pagi tadi x sempat beli bekfast...makan pulut panggang cicah kopi aje....sekarang dah terlebih kenyang pulak dah macam ular sawa kekenyangan.....

0 comments:
Post a Comment