Cuti sekolah baru-baru ni, kita orang pergi bercuti. Selalunya kita orang cuti dalam Malaysia. Tapi kali ni dah tak tahu mana nak pergi sebab almost semua tempat dalam Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak dah pergi. So, kali ni kita orang cuba luar Malaysia pulak yang dekat-dekat. Anak-anak pun dah besar panjang so time ni lah boleh bawak anak berjalan tanpa banyak songeh dan karenah. Destinasi yang dituju ialah Bandung.
Tempat dia biasa ajer. Takde sejuk mana pun. Cuma redup sikittttt aje dari KL. Sikit aje tau. Sampai aje kat airport tentera dia (Bandung) entah apa nama entah (berbelit lidah nak sebut) barang dekat side pocket knapsack kita orang hilang kena rembat. Tak taulah saper punya keje. Orang kita ke orang dia. Habis toiletteries, minyak wangi and berus gigi kena kebas. Yang sedih sekali berus gigi anak haku tu. Jakun gamaknya tak pernah tengok berus gigi yang battery operated punya. Dah satu hal nak kena pi singgah kedai beli berus gigi and other things. Nasib baik haku punya cermin mata dia x ambik sekali.... Kalu tidak bisa nangis haku tuuuu sebab x nampak...
Untuk accommodation kita orang stay kat Cemerlang Hotel. Thank you to Ayu for recommending this hotel. Memang murah and selesa walaupun bilik Standard ni kecik sangat. Bilik Deluxe tak available due to renovation process eventhough bookings were made 4 months earlier. Nasib baik dapat muat 2 extra bed. Kalu tidak berhimpit-himpitlah tidur. Satu lagi, breakfast dia boleh tahan sedap dan banyak varieties. At least, takdelah kebulur sangat... hehehehe.
...
...
Tak banyak tempat kita orang melawat sebab anak pulak demam. Biasalah tu. Dah jadi trademark. Asal berjalan aje mesti tangkap demam punya. Nasib baiklah dah prepare ngan ubat-ubat semua. Segala mak bapak ubat semuanya ada. Selamattttt. Kita orang sempat singgah ke Gunung Tangkuban Parahu dan Kawah Domas aje... Kawah Putih tak sempat pergi. Maybe next time.
Tempat-tempat yang biasa orang suka pergi semua kita orang redah tapi sekejap aje singgah sebab tak berapa sesuai dengan jiwa hubby and anak-anak, especially tempat-tempat macam Cihampelas Road dan Cibaduyut. Dia orang ni tak berapa suka tempat-tempat yang sesak dengan orang. Kalu haku sorang pegi mesti jadi ajerr.r...maklumlah, kaki merayau. sorang-sorang..
Rumah Mode
Sempat tempah seluar jeans sorang 2 pasang kat Aria Jeans.
Pagi tempah, petang siap hantar kat hotel. Cayalahhhh.
Orang kata kalau nak bershopping sakan Bandung ni lah tempat dia. Tapi pada haku biasa aje.... Kalau setakat nak shopping telekung and kain lace bolehlah datang ke Pasar Baru. Memang murah sangat. Tapi kain-kain lain biasa ajer....rasa-rasanya kedai kain kat area Jalan TAR lagi cantik (Euro Moda, Jakel, Kamdar, Nagoya, etc...). Itu pendapat haku. Tak tahulah korang. Kalu nak beli baju anak-anak perempuan (teens) memang ok especially Rumah Mode, tapi a bit pricey. Baju untuk boys kat Rumah Mode ni tak banyak choices. Lebih-lebih lagi untuk anak haku yang banyak songeh ni. Setakat baju Thomas & Friends, Ben 10, Batman, Superman, Mickey Mouse dan brand2 kartun yang lain, haram dia tak suka. Tengok kartun suka pulak sampai tak berkelip-kelip. Memang susah betul nak beli baju kat dia. Semua dia tak nak. Yang dia nak Transformer, Chelsea, Nike & Adidas. In the end, kita orang beli baju batik dekat Gedung Batik entah apa nama entah kat Jalan Dago. Nasib baik nak pulak dia. Baju Nike & Adidas, hubby kata balik KL beli kat Metrojaya Mid Valley.Sempat tempah seluar jeans sorang 2 pasang kat Aria Jeans.
Pagi tempah, petang siap hantar kat hotel. Cayalahhhh.
Bab-bab makan pulak, banyak restoran kita orang pergi macam Restoran Sederhana, Restoran Simpang Raya, Pizza Hut, KFC, McDonald and bermacam-macam tempat lagi. Semua kita orang redah. Tapi tempat makan yang paling best is Ayam Bakar & Ayam Panggang BREBES , Jalan Tangkuban Parahu. Kedai makan ni on the way nak pi Gunung Tangkuban Parahu. Memang sedap. Sampai balik KL pun anak-anak haku sibuk bercakap pasal kedai makan ni. Nak kata grand sangat xde jugak. Biasa-biasa aje macam kedai tepi jalan. Restoran Simpang Raya & Sederhana lagi grand.
Sempat lagi suruh Pak Aziz berhenti tepi jalan sebab nak ambil
gambar player MANU pakai baju batik Jawa (promo baik punye)
gambar player MANU pakai baju batik Jawa (promo baik punye)
0 comments:
Post a Comment