Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Sunday, July 19, 2009

Manchester United Lawan Malaysia

Posted by Peah


Salam semua,


Ingatkan lepas balik dari Stadium Nasional Bukit Jalil nak update blog tapi tak kesampaian sebab letih sangat. Sampai rumah semalam dalam pukul 10.00 malam. Mana tak penat.

Kita orang keluar rumah pukul 1.00 tengahari lepas makan. Nasib baik sempat masak nasi lemak sebelum keluar. Kalau tidak mau kebulur. Bayangkan lah kalau kat sana makanan bukannya sedap. Sampai kat sana dalam pukul 2.00 petang. Ingatkan kita orang antara early birds yang sampai dulu tapi kuang....kuang...kuang... Ada yang siap piknik dari awal pagi. Korang tak masak ke macam aku....hehehehe.... Punyalah ramai manusia. Kereta lagi lah. Berduyun-duyun...Berderet-deret...



Kita orang bernasib baik dapat parking opposite LRT Station Bukit Jalil. Jadi takdelah penat anak-anak menapak. Permandangan semalam dipenuhi dengan warna merah. Iya lah penyokong MU lah tuuu. Aku n family langsung tak pakai baju merah or baju MU sebab malas walaupun ada baju MU. Tak kuasa aku nak pakai.

Kita orang masuk cepat kira-kira jam 2.40 petang dan dapat seat yang oklah. Nak dapat seat kat bawah boleh sebab ada kosong lagi tapi memandangkan semua penyokong fanatik MU tak jadilah pulak. Nanti rimas anak-anak aku.

Tulipxxxx...ada kenal itu envelope?? Aku bawak buat kipas...


Walaupun game start pukul 5.30 petang, kita orang tak rasa lama sebab disajikan dengan gelagat penyokong-penyokong MU yang macam-macam jenis dan ragam. Kelakar pun ada. MEMANG MENYERONOKKAN. Siapa-siapa yang pakai jersey pasukan lain semuanya di BOO. Memang gamat masa tu. Kita orang suka betul tengok. Nasib baik anak jantan aku tak pakai baju Chelsea (Anak aku yg sorang ni terpaksa ikut dengan berat hati sebab dia sokong Chelsea). Kalau tidak habislah kena BOO. Yang paling seronok bila mamat sorang ni pakai jersey Barcelona. Depa siap suruh buka. hahahaha... geli hati betul....

Gambar pun banyak haku tangkap especially gambar penyokong-penyokong fanatik MU. Gambar player MU pun ada tapi tak berapa clear sebab jauh. Nanti aku uploadkan sebab nak kena pilih dulu. Banyak sangat.

Acara pembukaan oleh Victoria Institution

Masa yang dinanti-nanti p
un tiba.... ewahhh macam karanganlah pulakkkk.... Punyalah bersorak bila MU turun padang. Aku pun teruja jugak. Walaupun tak berapa clear tapi memang hentam jugak bersorak sampai hubby aku pandang semacam aje kat aku.... Ada aku kisahhhh... hahaha... Lantaklah ko, hubbyku... Takkan aku nak duk diam aje... Tak bestlah macam tu kannn.

Masa game tu aku rasa player MU tak main bersungguh-sungguh. Nama pun friendly match. Biasa-biasa aje. Aku rasa tu pasallah Malaysia boleh goal sampai 2. Kalau MU main betul- betul mahu kena 5-0 tu.... Apa-apapun aku salute to team Malaysia sebab perlawanan yang bagus. KUDOS TO YOU HARIMAU MALAYA.

Spectators Malaysia pulak memang salute habis termasuklah aku dan anak-anak aku...kekekeke... Memang sporting habis. Bila MU goal memang gamat stadium tu. Tapi bila Malaysia goal lagi lah gamat. Macam nak runtuh stadium. 5 minit lepas goal pun tak habis sorak lagi. Kekekeke... Terjakun lebih lah pulaknya.... hahaha...takpe... MALAYSIA BOLEHHH...

Overall, game ni memang bagus dan menyeronokkan. Maklumlah tak pernah pergi tengok game seumpama ini. This is my first time for me and my children. Unlike my hubby, tak pernah miss everytime MU comes to town. Lepas ni mana-mana kelab gergasi yang datang bisa aku tengok. Tak sabar tunggu Chelsea pulak kalau dia orang datang.



0 comments:

Post a Comment