
Walaupun game start pukul 5.30 petang, kita orang tak rasa lama sebab disajikan dengan gelagat penyokong-penyokong MU yang macam-macam jenis dan ragam. Kelakar pun ada. MEMANG MENYERONOKKAN. Siapa-siapa yang pakai jersey pasukan lain semuanya di BOO. Memang gamat masa tu. Kita orang suka betul tengok. Nasib baik anak jantan aku tak pakai baju Chelsea (Anak aku yg sorang ni terpaksa ikut dengan berat hati sebab dia sokong Chelsea). Kalau tidak habislah kena BOO. Yang paling seronok bila mamat sorang ni pakai jersey Barcelona. Depa siap suruh buka. hahahaha... geli hati betul....
Gambar pun banyak haku tangkap especially gambar penyokong-penyokong fanatik MU. Gambar player MU pun ada tapi tak berapa clear sebab jauh. Nanti aku uploadkan sebab nak kena pilih dulu. Banyak sangat.




Acara pembukaan oleh Victoria Institution
Masa yang dinanti-nanti pun tiba.... ewahhh macam karanganlah pulakkkk.... Punyalah bersorak bila MU turun padang. Aku pun teruja jugak. Walaupun tak berapa clear tapi memang hentam jugak bersorak sampai hubby aku pandang semacam aje kat aku.... Ada aku kisahhhh... hahaha... Lantaklah ko, hubbyku... Takkan aku nak duk diam aje... Tak bestlah macam tu kannn.




Masa game tu aku rasa player MU tak main bersungguh-sungguh. Nama pun friendly match. Biasa-biasa aje. Aku rasa tu pasallah Malaysia boleh goal sampai 2. Kalau MU main betul- betul mahu kena 5-0 tu.... Apa-apapun aku salute to team Malaysia sebab perlawanan yang bagus. KUDOS TO YOU HARIMAU MALAYA.
Spectators Malaysia pulak memang salute habis termasuklah aku dan anak-anak aku...kekekeke... Memang sporting habis. Bila MU goal memang gamat stadium tu. Tapi bila Malaysia goal lagi lah gamat. Macam nak runtuh stadium. 5 minit lepas goal pun tak habis sorak lagi. Kekekeke... Terjakun lebih lah pulaknya.... hahaha...takpe... MALAYSIA BOLEHHH...
Overall, game ni memang bagus dan menyeronokkan. Maklumlah tak pernah pergi tengok game seumpama ini. This is my first time for me and my children. Unlike my hubby, tak pernah miss everytime MU comes to town. Lepas ni mana-mana kelab gergasi yang datang bisa aku tengok. Tak sabar tunggu Chelsea pulak kalau dia orang datang.


